Post

Sejarah Islam

Kata pengantar

Puji syukur kita panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa. Yang telah memberikan rahmat dan hidayah-Nya sehingga kami dapat menyelesaikan penulisan klipping ini dengan baik kami susun.
Kami menyadari bahwa makalah ini masih mempunyai kekurangan oleh karena itu, tegur sapa dari semua pihak sangat kami harapkan demi kebaikan bersama. Tidak pula kami mengucapkan terima kasih kepada ibu guru yang telah memberi banyak masukan dalam proses pembuatan klipping ini. Akhirnya, kami berharap mudah-mudahan klipping ini dapat memenuhi harapan kita semua.

Rappang, 1 Juni 2010


Penyusun












Khulafa al-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
• Saidina Abu Bakar, 632-634 M
• Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
• Saidina Uthman Affan, 644-656 M
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kaitan
Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.
Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yand sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam hikayat yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalahanggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam. Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine. Beliau wafat pada tahun 634.
Khalifah Umar al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam. Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut. Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina. Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.

Khalifah Uthman Affan
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam. Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah Ali
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah. Terjadi dua perang saudara semasa pemerintahan Saidina Ali iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah, Zubair & Talhah yang mengakibatkan Zubair & Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua. Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.

Kerajaan Bani Ummaiyyah
Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.

Pemerintahan Ummaiyyah
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru. Memandangkan pembunuh Saidina Uthman yang melantik Saidina Ali sebagai khalifah, Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657. Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan menyatakan sokongan kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam. Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibni Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India. Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.
Kerajaan Bani Abbasiyyah
Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.
Revolusi menentang Ummaiyyah
Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi. Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Masalah dan Cabaran
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad dan mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka. Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah. Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik. Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria.
Mamluk
Kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Ma'mun (813-833) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu Khalifah al-Mu'tasim (833-842). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam. Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa.

Pembelajaran semasa zaman Abbasiyyah
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan. Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya. Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya.
Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

   Kumpulan Artikel Bugis !

   
   Semuanya ada disini...!
   Suka Suka
   Widget Bugis !
   
   Kumpulan widget lagu daerah dll...!
   Suka Suka
   Semoga bermanfaat...!
   Suka Suka